Sejarah Uji kaji pemikiran

δείκνυμι atau deiknymi (dari bahasa Yunani Purba: 'uji kaji pemikiran') merupakan "corak bukti matematik yang paling purba" dan wujud sebelum matematik Euclid, di mana penekanan adalah pada konsep, dan bukannya pada bahagian uji kaji di dalam uji kaji pemikiran.

Menurut Johann Witt-Hansen, Hans Christian Ørsted merupakan orang pertama yang menggunakan istilah Gedankenexperimentcode: de is deprecated (dari bahasa Jerman: 'uji kaji pemikiran') pada sekitar tahun 1812. [7] [8] Ørsted juga orang pertama yang menggunakan istilah Gedankenversuchcode: de is deprecated pada tahun 1820.

Menjelang tahun 1883, Ernst Mach menggunakan istilah Gedankenexperimentcode: de is deprecated tetapi merujuk kepada perkara yang berbeza, iaitu uji kaji pemikiran yang dijalankan secara khayalan yang kemudiannya akan dijalankan secara fizikal dan sebenar oleh pelajarnya. [9] Tujuannya agar uji kaji khayalan dan fizikal boleh dibandingkan, dimana Mach akan meminta pelajarnya membentangkan sama ada hasil uji kaji fizikal dan sebenar berbeza daripada uji kaji khayalan mereka sebelum ini.

Istilah bahasa Inggeris thought experiment merupakan pinjam terjemah daripada Gedankenexperimentcode: de is deprecated mengikut definisi Mach, dan ia pertama kali muncul dalam terjemahan bahasa Inggeris pada tahun 1897 untuk salah satu kertas kerja Mach.[10] Sebelum kemunculan istilah ini, aktiviti pengemukaan soalan hipotesis yang menggunakan penaakulan sembawa telah wujud sejak lama lagi dalam kalangan saintis dan ahli falsafah. Modus irrealis digunakan sebagai cara untuk mengkategorikan atau membicarakannya, untuk membantu menghuraikan lagi julat penggunaan istilah "thought experiment" yang sangat luas dan pelbagai setelah ia diperkenalkan dalam bahasa Inggeris.

Uji kaji pemikiran Galileo melibatkan hasil (c) melekatkan batu kecil (a) pada batu yang lebih besar (b)

Demonstrasi Galileo yang menunjukkan objek yang jatuh mesti jatuh pada kadar yang sama tanpa mengira jisimnya merupakan langkah ke depan yang penting dalam sejarah sains moden. Walaupun demonstrasi ini dianggap secara meluas [11] sebagai demonstrasi fizikal yang jelas dan mudah, yang melibatkan seseorang memanjat Menara Condong Pisa dan menjatuhkan dua beban berat ke bawah, sebenarnya ia merupakan demonstrasi logik yang menggunakan teknik 'uji kaji pemikiran'. 'Uji kaji' ini diterangkan oleh Galileo dalam Discorsi e dimostrazioni matematichecode: it is deprecated (1638) (dari bahasa Itali: 'Wacana dan Demonstrasi Matematik'):

Salviati. If then we take two bodies whose natural speeds are different, it is clear that on uniting the two, the more rapid one will be partly retarded by the slower, and the slower will be somewhat hastened by the swifter. Do you not agree with me in this opinion?

Simplicio. You are unquestionably right.

Salviati. But if this is true, and if a large stone moves with a speed of, say, eight while a smaller moves with a speed of four, then when they are united, the system will move with a speed less than eight; but the two stones when tied together make a stone larger than that which before moved with a speed of eight. Hence the heavier body moves with less speed than the lighter; an effect which is contrary to your supposition. Thus you see how, from your assumption that the heavier body moves more rapidly than the lighter one, I infer that the heavier body moves more slowly.[12]